Pakaian Sering Diperaga Bintang A-List Dunia, Pereka Fesyen Ini Rupanya Asal Pulau Pinang!

Orangnya hanya berasal dari sebuah pekan kecil yang terletak di Pulau Pinang, iaitu Sungai Ara. Namun, namanya kini menjadi sebutan ramai selebriti bertaraf A-list dari serata dunia termasuk kerabat diraja Britain seperti Kate Middleton.

pakaian sering diperaga bintang a-list dunia, pereka fesyen ini rupanya asal pulau pinang!

Han Chong, merupakan seorang graduan dari sebuah kolej fesyen yang brepestij dunia, Central Saint Martins dan pemilik jenama Self Portrait.

Sejak mengasaskan jenama tersebut pada 2013, koleksi beliau telah diperagakan ramai individu ternama termasuk Zendaya, Priyanka Chopra dan Beyoncé serta kumpulan K-Pop masyhur, BLACKPINK.

Menerusi temu bualnya bersama media tempatan beberapa tahun lalu, Han Chong berkongsi mengenai titik permulaannya dalam dunia fesyen. Semuanya bermula apabila tutornya memperkenalkan beliau kepada dunia tersebut ketika mempelajari seni di Pulau Pinang.

“Mak cik saya adalah seorang artis tempatan. Dia mengajar saya untuk membuka mata kepada dunia di sekeliling saya, melihat seni dan reka bentuk dengan cara baru,” katanya.

“Saya menjadi obses untuk menganalisis dan menyempurnakan butiran kecil kerana ia adalah perkara yang boleh menjadi sesuatu karya begitu istimewa. Fesyen adalah sesuatu yang saya minati secara semula jadi dan saya telah bekerja dalam pelbagai jawatan dalam industri ini untuk menimba pengalaman. Pengetahuan dan pengalaman ini telah menjadikan saya seorang pereka fesyen yang lebih baik pada hari ini,” tambahnya.

Selain itu, Han Chong berkongsi walaupun dirinya kini jauh dari kampung halaman, beliau bagaimanapun tetap tidak ketinggalan daripada berhubung dengan keluarganya di Malaysia.

“Saya sering bercakap dengan keluarga saya. Saya cuba melawat sekerap mungkin, walaupun hanya untuk beberapa hari antara perjalanan perniagaan. Mereka sering menghantar kepada saya artikel yang mereka fikir saya akan berminat atau harus tahu,” katanya.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN