Penyanyi Dangdut Indonesia Tekad Jual Rumah Demi Bantu Mangsa COVID-19

Kerana tidak sanggup melihat orang ramai berada dalam kesusahan akibat terkesan dengan pandemik COVID-19, penyanyi dangdut popular Indonesia, Annisa Bahar tekad melelong kediamannya pada harga 4 bilion Rupiah (RM1.14 juta).

penyanyi dangdut indonesia tekad jual rumah demi bantu mangsa covid-19

“Niat saya adalah untuk membantu keluarga mangsa COVID-19. Bantuan itu akan diserahkan oleh saya sendiri kepada keluarga mangsa secara peribadi tanpa melalui kerajaan atau sesiapa,” katanya kepada media tempatan.

Kongsinya, hasratnya untuk melepaskan kediamannya itu yang dimuat naik menerusi satu entri di Instagram disambut dengan ucapan terima kasih daripada para pengikutnya di laman itu.

Terdahulu, Annisa pernah menjual kenderaan peribadinya yang mana hasil jualan kenderaan terbabit disalurkan kepada mangsa bencana banjir.

Dalam perkembangan lain, Indonesia kini merupakan antara negara di Asia Tenggara yang paling terjejas akibat pandemik COVID-19.

Menurut Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan negara tersebut, iaitu Luhut Pandjaitan, beliau khuatir sekiranya jangkitan COVID-19 di negara tersebut boleh mencecah 40, 000 kes sehari.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN