Di sebalik kewujudan sebuah lokasi terpencil di China, yang jauh dari mana-mana pusat bandar di negara itu, terdapat sebuah kampung pergunungan yang merupakan rumah kepada lebih 40 Tesla yang dimiliki para penduduk di situ.
Cai Run, anak kelahiran Panzhiga yang meninggalkan kampung pergunungan itu untuk merantau ke pelbagai bahagian lain di negara itu sejak usianya hanya 12 tahun, adalah individu yang memperkenalkan kampung itu kepada jenama Tesla.
Walaupun merantau jauh, dia sentiasa memberi perhatian kepada pembangunan kampung halamannya itu.
Pada Mei tahun lalu, Cai Run membeli Tesla pertamanya dan sejak itu telah bekerja keras untuk mendidik rakan sekampungnya serta menunjukkan kepada mereka kebaikan menggunakan kereta elektrik.
Ia tidak mudah pada mulanya, kerana ramai yang tidak mengetahui mengenai kenderaan elektrik, lagi-lagi di tempat seperti Panzhiga.
Namun, pendekatan yang digunakan oleh Cai ternyata berjalan dengan baik.
Pemilik Tesla pertama di kampung halamannya itu membawa penduduk tempatan memandu di sekitar jalan curam di sekitar Panzhiga bagi menunjukkan mereka ciri-ciri seperti pemegang kenderaan dan fungsi pemulihan tenaga kinetik, yang boleh menawarkan kawalan kenderaan yang lebih baik dan menjimatkan kuasa bateri selain mempromosikan kebaikan kereta elektrik.
Turut tidak ketinggalan, Cai Run juga menjemput kanak-kanak untuk melihat pertunjukan fungsi lampu kereta supaya mereka akan bercakap mengenainya kepada ibu bapa mereka.
Apabila bilangan kereta Tesla di Panzhiga bertambah, nama “Kampung Tesla” di pergunungan Wilayah Yunan tersebar ke seluruh China, dan akhirnya sampai ke pengurusan Tesla yang kagum sehingga mereka memberikan Panzhiga penghormatan sebagai kampung pertama di China yang mempunyai pengecas super yang ditandatangani Elon Musk sendiri.
Kemasyhuran baru kampung itu bukan sahaja telah menarik gelombang pelancong yang mana para penduduk di situ akan meletakkan kereta mereka dalam mod perkhemahan dan menyediakan tilam buat keselesaan dan kemudahan para pelancong yang berkunjung ke situ.
Sumber: [1]