Pengarah Bad Genius Buka Ruang Komuniti Khas Untuk Movies Geek!

Pengarah filem box office, Bad Genius, Nattawut Poonpiriya kini melebarkan sayapnya sebagai pengusaha kafe di Bangkok, Thailand.

pengarah bad genius buka ruang komuniti khas untuk movies geek!

Biarpun tempat tersebut bukanlah yang pertama seumpamanya yang pernah diusahakannya memandangkan beliau terlebih dahulu pernah menjalankan perniagaan bar bersama rakan-rakannya, namun FICS mencetuskan sedikit kelainan berbanding dengan projek F&B beliau sebelum ini kerana konsepnya yang dicetuskan oleh minat Nattawut yang mendalam terhadap bidang perfileman.

Membawa maksud Film Inspired Coffee Shop, FICS menggabungkan kedai konsep, kafe dan ruangan santai yang terdiri daripada galeri berserta photobooth yang pastinya membuatkan pengunjung yang terutamanya merupakan penggemar filem berasa seolah-olah mereka sedang berada di muzium filem.

pengarah bad genius buka ruang komuniti khas untuk movies geek!

Sementara tingkat bawah ruangan perniagaan tersebut menempatkan photobooth, difahamkan tingkat dua tempat tersebut pula menempatkan tumpuan utama, iaitu kafe yang menawarkan pelbagai seleksi kopi untuk pengunjung. Di ruangan yang sama juga, pengunjung dapat membeli beberapa cenderamata menarik yang mana antaranya termasuklah koleksi poster filem vintaj.

pengarah bad genius buka ruang komuniti khas untuk movies geek!

Dalam perkembangan lain, Nattawut yang mencipta nama di serata dunia menerusi filem Bad Genius dilaporkan dalam proses untuk mengerjakan karya terbarunya yang merupakan sebuah filem seram.

Projek tersebut dilaporkan menerima sokongan penuh daripada sebuah studio Hollywood yang menghasilkan Crazy Rich Asians (2018) dan bakal menemui orang ramai pada 2022.

 

Sumber: [1]