Tercapai Juga 'Dream Wedding'! Pengantin Indonesia Seronok Dapat Pakai Baju Pengantin Stail Malaysia

Sering kali busana ringkas baju kurung dan baju Melayu bertemakan warna putih menjadi pilihan utama kebanyakan pengantin di negara ini untuk hari pernikahan mereka.

tercapai juga 'dream wedding'! pengantin indonesia seronok dapat pakai baju pengantin stail malaysia

Sehubungan dengan itu, tular di media sosial baru-baru ini apabila sepasang pengantin baru di Indonesia memilih untuk menggayakan baju pengantin ala-ala seperti di Malaysia.

Menerusi perkongsian di TikTok @Swndrshrn, pasangan itu menceritakan bagaimana mereka mencapai kata sepakat untuk menggayakan baju pengantin versi Malaysia bersempena majlis akad nikah mereka.

Menurut pengantin wanita itu, telah menjadi hasratnya untuk melangsungkan hari bersejarahnya dengan memakai baju pengantin yang diinspirasikan dari negara ini.

Sejak dikongsi, video tersebut telah ditonton jutaan kali dan mendapat pujian ramai kerana keunikan yang ditonjolkan dalam majlis tersebut.

Rata-ratanya, ramai wargamaya turut meluahkan hasrat mereka untuk melakukan perkara sama iaitu untuk mengenakan baju pengantin versi Malaysia ketika majlis akad nikah mereka pula.

 

Sumber: [1]