Patung Lilin Lee Chong Wei Bakal Berada Di Madame Tussauds, Hong Kong

patung lilin lee chong wei bakal berada di madame tussauds, hong kong

Bekas pemain badminton negara yang berjaya memegang ranking nombor satu dunia selama 349 minggu, Datuk Lee Chong Wei bakal melakar sejarah apabila figuranya akan dijadikan patung lilin dan diletakkan di Madame Tussauds, Hong Kong. Wow!

Bagi melaksanakan sejarah ini, Datuk Lee Chong Wei tela menjalakan pengukuran badan dan memakan masa selama 6 jam. Semasa sesi itu juga, atlet yang telah dilantik sebagai Ketua Kontinjen Malaysia ke Olimpik Tokyo 2020 itu turut beramah mesra dengan kakitangan di situ.

Datuk Lee Chong Wei turut berjumpa dengan peminatnya dan sempat beramah mesra dengan mereka. Beliau mengucapkan terima kasih kepada peminatnya atas sokongan mereka selama ini.

Patung lilin Lee Chong Wei bakal dipamerkan pada suku kedua tahun 2020. Ini merupakan figura rakyat Malaysia yag kedua dijadikan patung lilin dan dipamerkan di situ selepas Michelle Yeoh.