Kejohanan Dunia Untuk Pakar Excel, Peluang Menang Hingga RM31,000

Microsoft Excel ialah suatu perisian yang dibangunkan oleh syarikat Microsoft untuk sistem-sistem pengendalian Windows, macOS, Android and iOS.

kejohanan dunia untuk pakar excel, peluang menang hingga rm31,000

Meskipun tidak ramai yang cukup arif dengan segala macam ciri dan fungsi pada Excel, perisian ini sangat membantu mereka yang terlibat dalam kerja-kerja berkaitan data dan log.

kejohanan dunia untuk pakar excel, peluang menang hingga rm31,000

Buat mereka yang mungkin sudah berada pada tahap ‘master’ atau pro dalam Excel, anda berpeluang menang sehingga RM31,000 dalam satu kejohanan Excel yang dianjurkan pada peringkat global.

 

Menurut laporan dari New York Post, kejohanan yang disebut sebagai Microsoft Office Specialist (MOS) World Championship akan menguji kehebatan peserta dalam menyelesaikan masalah menggunakan perisian berkenaan, disamping juga diuji menggunakan Office Word dan juga Powerpoint.

Bagaimanapun, untuk dipilih sebagai peserta dalam kejohanan ini, terdapat beberapa kriteria yang perlu diikuti seperti berusia antara 13 hingga 22 tahun, serta sedang mengikuti pelajaran dalam institusi akademik yang diiktiraf oleh negara masing-masing.

 

Apa hadiahnya? Bagi edisi 2021 ini, pemenang tempat pertama akan membawa pulang wang $7,500 (kira-kira RM31,102), piala, pingat, sijil dan hadiah lain sumbangan Microsoft.

 

Pemenang tempat kedua pula akan menang $3,500 (RM14,514), pingat dan sijil. Bagi pemenang tempat ketiga pula akan menerima $1,500 (RM6,220) berserta pingat dan sijil.

 

"Kejuaraan MOS tidak berakhir dengan upacara penganugerahan”

"Pemenang terus bersaing dan berjaya dalam pendidikan tinggi serta dalam pasaran pekerjaan."

"Beberapa peserta dari pelbagai negara telah berlatih berjam-jam lamanya untuk bergelar juara," kata pemenang MOS Championship sebelum ini iaitu John Dumoulin.

 

Pada kejohanan tahun 2019 yang lalu, terdapat lebih 850,000 peserta dari 119 buah negara. Dari jumlah itu, hanya 161 yang bertanding bagi merebut takhta sebagai juara.

kejohanan dunia untuk pakar excel, peluang menang hingga rm31,000

Bagaimanapun untuk tahun ini, pendaftaran telah pun ditutup oleh pihak penganjur.

 

Jadi, korang kenal tak siapa yang power Excel?

 

Sumber: WOB