Pemain bola sepak terkemuka Arsenal, Mesut Ozil telah memberikan satu kenangan indah dan paling bermakna buat salah seorang peminatnya yang dikenali sebagai Jake. Budak lelaki berumur 17 tahun itu telah dijemput untuk menyaksikan perlawanan pasukan Arsenal menentang Everton baru-baru ini.
Jake merupakan seorang pesakit yang baru sahaja menjalani pembedahan, kimoterapi dan radioterapi selepas dia didapati mengalami sakit Astrocytoma pada Januari tahun lepas. Salah satu impian Jake adalah untuk menjadi pemain bola sepak professional.
Sebagai usaha untuk menginspirasikan remaja tersebut, beliau telah dipilihh oleh Ozil untuk menyaksikan perlawanan tersebut dari kotak khas di stadium Emirate. Bukan itu sahaja, Jake turut menerima sehelai t-shirt dengan bertandatangan isteri Ozil.
Lebih bermakna lagi, Jake turut menemui Ozil usai perlawanan.
“Jake hidup, bernafas dan makan dengan bola sepak. Ini merupakan pengalaman yang paling bermakna dan memang diluar jangkaan.” Ujar ibu kepada Jake.
Wow, terima kasih Ozil kerana memberi inspirasi kepada kita semua untuk terus menjadi seseorang yang baik biarpun sudah ternama
Sumber: MIRROR