Orang Ke-55 Terkaya Di Dunia Ini Hanya Pakai Selipar RM18 Je

Meskipun tersenarai sebagai orang ke-55 terkaya di dunia dan berstatus Crazy Rich China, Zong Qinghou mempunyai cara dan gaya hidup yang sederhana.

orang ke-55 terkaya di dunia ini hanya pakai selipar rm18 je

Beliau yang mempunyai jumlah kekayaan AS$8.7 bilion (RM36 bilion) hasil perusahaan air mineral botol, teh dan susu itu hanya memakai kasut berharga RMB30 (RM18.91) selama bertahun-tahun.

 

Menurutnya, asalkan ia selesa dan sedap dipakai, beliau sanggup memakainya bertahun-tahun meskipun harganya murah.

orang ke-55 terkaya di dunia ini hanya pakai selipar rm18 je

Zong Qinghou juga tidak seperti kebanyakkan orang kaya lain, dimana beliau tidak berjudi, tidak meminum arak, dan tidak bermain sukan golf. Beliau hanya makan makanan biasa di kantin bersama staf yang lain.

 

Cara hidup yang sederhana dan berjimat cermat ini turut diterapkan beliau dalam syarikat miliknya, Hangzhou Wahaha Group Co, iaitu syarikat minuman ringan terbesar ketiga di China.

orang ke-55 terkaya di dunia ini hanya pakai selipar rm18 je

Zong juga dikatakan akan memeriksa semua pengeluaran secara peribadi termasuk pembelian penyapu.

 

"Antara alasan dia begitu berjaya adalah dia menekan pengeluaran, memastikan setiap wang dikeluarkan dipakai untuk menghasilkan lebih banyak wang," kata Shaun Rein, pengarah di Market Research Group berpangkalan di Shanghai.

 

Anak perempuan tunggalnya, Kelly, adalah pewaris harta kekayaan Zong yang kini sudahpun berusia 75 tahun.

 

Sumber: Kompas.com