Personaliti televisyen berpengaruh, Oprah Winfrey mengaku beliau tidak mempunyai ramai kawan.
Ia berikutan kepercayaannya bahawa ketika menjalinkan persahabatan, kualiti adalah lebih baik berbanding dengan kuantiti.
Menerusi penampilannya dalam satu siri podcast di Amerika Syarikat baru-baru ini, legenda rancangan bual bicara berusia 67 tahun itu berkongsi mengenai persahabatannya bersama rakan lama, Maria Shriver, 65, dan mengakui bahawa dia memilih untuk mengelilingi dirinya dengan sekolompok kecil manusia.
“Jadi, saya tidak mempunyai banyak kawan. Semua orang tahu Gayle (King). Ada Gayle, ada Maria, ada Bob (Greene). Dan itu saja, anda tahu?” katanya merujuk kepada beberapa kawan rapatnya.
“Gayle dan Maria, saya temui pada waktu yang sama dan saya tidak pernah mengembangkan kumpulan itu.
“Sehingga baru-baru ini, saya telah
berteman dengan beberapa orang dalam kehidupan dewasa saya, dalam lima tahun kebelakangan ini,” jelasnya.
Oprah mengimbas kembali pertemuannya dengan Maria kira-kira 42 tahun lalu di stesen berita Baltimore, iaitu tempat mereka bekerja dan memulakan perbualan.
“Saya menghargai segala-galanya tentang dia. Saya menghargai ketelusannya, saya menghargai kejujurannya. Saya menghargai kebenarannya. Saya menghargai perasaannya dalam mencari kebenaran. Saya menghargai keberaniannya,” kongsi Oprah.
“Maria sejenis manusia yang akan memberi tahu anda kebenaran walau apa pun. Maria akan memberitahu di hadapan wajah kamu dan kemudia berkata ‘Dan kamu tahu apa yang saya katakan! Kamu sudah tahu apa yang saya katakan itu benar’,” luahnya.
Sumber: [1]