Nak Telefon Pintar Nokia PERCUMA Daripada redONE? Syaratnya Korang Kena Prihatin!

nak telefon pintar nokia percuma daripada redone? syaratnya korang kena prihatin!

Kredit: Freepik

Woohoo! Sempena Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-63, redONE ada 63 buah fon pintar Nokia C2 yang nak diberikan kepada korang semua yang prihatin dengan masyarakat sekeliling! Peraduan FREE Nokia for Merdeka ni dibuka mulai sekarang hingga 16 September 2020, so cepat!

redONE ingin meraikan Bulan Kebangsaan ni dengan rakyat Malaysia sambil mempromosikan kebaikan. Dalam peraduan ni, korang kena share Momen Prihatin korang di Facebook atau Instagram.

Momen Prihatin ni kira macam apa saja benda baik yang korang buat, contohnya macam bagi haiwan terbiar makan, tolong orang tua angkat barang berat, bagi tempat duduk korang kepada wanita mengandung, atau bagi derma kat gelandangan. 

Dengan persekitaran yang mencabar sekarang, ini antara perkara kecil yang boleh kita lakukan setiap hari untuk mewujudkan masyarakat yang lebih baik untuk semua.

Jom sertai Peraduan FREE Nokia for Merdeka sekarang!

nak telefon pintar nokia percuma daripada redone? syaratnya korang kena prihatin!

Peraduan FREE Nokia for Merdeka ni terbuka untuk semua rakyat Malaysia berumur 12 tahun ke atas. Ni tiga langkah mudah untuk korang sertai:

  1. Follow @redonenetwork di Instagram atau @redONEMobile di Facebook
  2. Muat naik gambar atau video yang memaparkan Momen Prihatin korang, dan tetapkan posting tu kepada ‘Public’
  3. Tulis kapsyen ‘prihatin’ mengenai posting tu dan tag @redonenetwork di Instagram atau @redONEMobile di Facebook serta tiga orang kawan korang. Sertakan juga hashtag #redONEPrihatin

63 penyertaan dengan ‘engagement’ tertinggi dari segi Like, Komen, dan Kongsi akan dipilih sebagai pemenang, dan mereka akan dihubungi oleh wakil redONE. Untuk info lanjut, layari di sini.

Ready, set, jom sertai sekarang!

ARTIKEL BERKAITAN