Kredit: Freepik
Tak kisahlah korang nak melancong ke luar negara ke, pergi Genting Highland ke, atau sekadar nak tengok wayang, korang kena ada outerwear untuk OOTD yang cun!
Jom check out outerwear yang stylo ni:
#1 Cardigan halus dengan sulaman, RM30
Kredit: Zalora
Cardigan halus separas lutut daripada kain jenis sifon ini lebih menyerlah dengan perincian sulaman pada bahagian leher dan tangan.
Beli cardigan ni.
#2 Blazer corak petak, RM44.90
Kredit: Zalora
Blazer paras pinggang ni cukup stylo dengan dua poket dan satu butang di bahagian hadapan.
Beli blazer ni.
#3 Jaket bertali, RM38.90
Kredit: Zalora
Menggunakan material lembut, jaket ini direka dengan kemasan tali di bahagian pinggang yang korang boleh ikat atau lepaskan mengikut selera korang.
Beli jaket ni.
#4 Kot panjang, RM88.90
Kredit: Zalora
Kot separas lutut berwarna hijau coklat yang direka dengan tali pinggang ni memang cun untuk korang berOOTD. Fesyen simple pun boleh meletup kalau digayakan dengan outerwear ni.
Beli kot ni.
#5 Cardigan panjang, RM31.90
Kredit: Zalora
Dengan warnanya yang menyerlah, confirm OOTD korang nampak mantap!
Beli cardigan ni.
#6 Jaket bomber bercorak cheetah, RM65.90
Kredit: Zalora
Roooaaar, mengancam! Tampil fierce dengan jaket ni! Bukan tu je, jaket ni lembut walaupun agak tebal, so kalau korang nak sesuatu yang boleh hangatkan badan, jaket ni memang best.
Beli jaket ni.
#7 Kot peplum, RM75.90
Kredit: Zalora
Alahai, sweetnya! Kot ni sesuai sangat untuk korang yang nak pergi dating!
Beli kot ni.
#8 Jaket biker kulit, RM75.90
Kredit: Zalora
Tampil ranggi dengan jaket biker kulit buatan dengan warna yang menarik perhatian ni! Terdapat dua poket berzip di bahagian depan.
Beli jaket ni.
#9 Blazer oren pastel, RM31.90
Kredit: Zalora
Tak kiralah korang nak pergi kerja atau jalan-jalan, blazer dengan warna yang menyejukkan mata ni sesuai dipakai di mana je.
Beli blazer ni.
#10 Jaket nilon berpiping, RM71.90
Kredit: Zalora
Siapa yang suka gaya sporty bolehlah try jaket dengan warna yang memukau ni! Dengan zip di bahagian depan, jaket ni memaparkan piping warna putih di bahagian tepi lengan kiri dan kanan.
Beli jaket ni.
Amacam, cun tak? Bolehlah grab mana-mana outerwear yang berkenan di hati!