Nenek Berusia 90 Tahun Diiktiraf Sebagai Gamer Tertua Di Dunia!

nenek berusia 90 tahun diiktiraf sebagai gamer tertua di dunia!

Seorang nenek berusia 90 tahun telah diiktiraf sebagai YouTuber gaming tertua di dunia oleh Guinnes World Record. Hamako Mori telah dilahirkan pada 18 Februari 1930 dan telah mula bermain video game ketika beliau berumur 39 tahun.

Beliau memuat naik aksi bermain video game pada saluran YoutTubenya iaitu Gaming Grandma yang kini mempunyai 150,000 subscribers! Perghhh!

Hamako berkata beliau mula berminat bermain video game ni apabila melihat kanak-kanak bermainnya.

“Saya nampak sangat seronok dan merasakan tak adil lah kalau kanak-kanak je boleh main.”

“Saya juga merasakan kehidupan saya lagi seronok sekiranya saya tahu untuk bermainnya. Jadi, saya mula bermain dan pada awalnya tiada siapa pun yang menonton.”

Nenek ni memang betul-betul legend lah sebab permain konsol pertamanya adalah dalam bentuk Cassette Vision. Beliau masih lagi menyimpan segala konsol dan peralatan yang pernah dibelinya selama ini.

“Saya terus menyimpan semua ini sebab ia menyimpan banyak memori.” Katanya

Buat masa ini Hamako bermain PlayStation 4 dan beliau berminat dengan permainan aksi. Antara permainan yang menjadi kegemarannya ialag Grand Theft Auto V atay GTA 5. WOW!

“Saya tak pernah menyentuh game aksi sebelum ini sebab agak susah nak main. Tapi, baru-baru ni visual game aksi sangatlah menakjubkan dan mereka sering menggunakan pelakon sebagai karakter permainan. Sekarang saya rasa sangat obses dengan permainan itu.”

Selain itu, antara sebab kenapa Hamako memuat naik video beliau bermain game ke YouTube adalah untuk berkongsi pengalamannya dengan orang lain. Beliau merasakan sangatlah rugi sekiranya hanya dia sahaja yang enjoy dengan permainan tersebut.

Sumber: Guinness Word Record

ARTIKEL BERKAITAN