Naeun Apink Sah Join YG Entertainment

Setelah hampir seminggu menimbulkan teka-teki dalam kalangan peminat K-Pop, anggota kumpulan Apink, Son Naeun akhirnya sah bergelar sebagai sebahagian daripada barisan artis YG Entertainment.

naeun apink sah join yg entertainment

Pada 3 Mei, YG Entertainment mengumumkan, “Kami gembira dapat disertai Son Naeun yang serba boleh dan berbakat. Oleh kerana Son Naeun menghadapi masa penting yang mana dia kini sedang menjalani permulaan baru sebagai seorang aktres, kami akan memberikan sokongan penuh kami sehingga dia dapat menunjukkan kemampuannya sepenuhnya.”

Minggu lalu, bekas agensi terdahulu Naeun iaitu Play M Entertainment mengumumkan bahawa dirinya telah meninggalkan agensi tersebut untuk mengambil langkah baru dalam karier seninya.

Sementara itu, anggota Apink lain iaitu Bomi, Eun Ji, Chorong, Hayoung dan Namjoo mengambil keputusan untuk memperbaharui kontrak mereka bersama Play M Entertainment.

Biarpun begitu, Play M Entertainment menerusi kenyataan media mereka pada minggu lalu menyakinkan para peminat Apink tersebut bahawa Apink akan tetap kekal sebagai sebuah kumpulan yang terdiri daripada enam orang anggota.

Son Naeun memulakan debutnya pada 2011 sebagai anggota kumpulan Apink.

Walaupun dulunya Naeun aktif menjalani promosi dalam bidang muzik, namun penyanyi yang berusia 27 tahun itu juga pernah muncul dalam beberapa drama dan antaranya termasuklah Cinderella and the Four Knights dan Dinner Mate.

Tahun ini, Naeun dilaporkan akan menjalani penggambaran untuk drama terbarunya yang berjudul Disqualified as a Human, bersama barisan pelakon Jeon Do Yeon, Ryu Jun Yeol dan ramai lagi.

Selain Naeun, kumpulan pelakon lain yang turut menandatangani kontrak bersama YG Entertainment termasuklah Yoo In Na, Kang Dong Won, Lee Sung Kyung, Cha Seung Won, Kim Hee Ae dan Jang Ki Yong.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN