Setelah keluar banyak laporan mengenai dirinya meninggalkan agensi lama untuk menyertai YG Entertainment, anggota kumpulan Apink, Son Naeun mengambil keputusan untuk menjelaskan mengenai keadaannya kepada para peminat.
Menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram, Naeun menyatakan bahawa keputusan tersebut dibuat demi permulaan baru untuk dirinya.
Penyanyi yang berusia 27 tahun itu turut mengesahkan bahawa kumpulan tersebut sama sekali tidak akan dibubarkan biarpun dia sudah tidak berkongsi agensi yang sama dengan anggota Apink lain.
Walaubagaimanapun, kumpulan tersebut akan memfokuskan pada aktiviti individu masing-masing untuk masa sekarang.
Tulis Naeun:
Meninggalkan keluarga yang mana saya telah menghabiskan masa bersama lebih 10 tahun dan melakukan permulaan yang baru di tempat baru merupakan sesuatu yang asing bagi saya juga, jadi saya sangat risau, namun saya akan bekerja keras sehingga saya dapat menjadi Son Naeun yang mengambil langkah untuk terus maju dari segi kematangan dan perkembangan!
Sumber: [1]