Baru-baru ini, artis ternama Korea Selatan yang juga merupakan anggota BIGBANG, G-Dragon mengemas kini laman Instagram miliknya dengan beberapa foto yang mana dirinya hadir ke satu pameran seni.
Menerusi entri yang berupa koleksi foto seni dan lukisan bertemakan bunga-bungaan itu, terselit satu foto yang memperlihatkan kasut G-Dragon di samping wanita misteri yang mengenakan kasut tumit tinggi berwarna hitam.
Susulan itu, ramai pengikut G-Dragon di laman tersebut menjadi tertanya-tanya mengenai siapakah gerangan wanita yang tidak didedahkan rupanya itu.
Namun persoalan yang tercetus itu akhirnya terjawab apabila wanita terbabit didedahkan sebagai stailis G-Dragon dan bukanlah gerangan yang dikaitkan secara romantis bersama penyanyi berusia 32 tahun itu.
Dia dikenal pasti sebagai Geeeun dan terdahulu, kedua-dua mereka pernah difoto bersama ketika menghadiri acara Dazed Art Fair.
Selain G-Dragon, Geeeun turut bertanggungjawab menggayakan ramai artis YG Entertainment seperti BLACKPINK, iKON dan banyak lagi.
Dalam perkembangan lalu, beberapa minggu lalu, peminat meraikan ulang tahun ke-4 album studio G-Dragon yang berjudul Kwon Ji Yong.
Apakah mungkin mereka dapat menjangkakan kemunculan semula daripada pelantun lagu “Crooked” dalam masa terdekat setelah sekian lama?
Sumber: [1]