Finalis Miss England diangkat sebagai ratu cantik pertama yang bertanding tanpa mengenakan sebarang solekan dalam sejarah pertandingan tersebut yang hampir berabad lamanya.
Melisa Raouf, 20, yang merupakan seorang pelajar kolej dari selatan London, mara ke separuh pertandingan itu selepas memilih untuk tidak mengenakan solekan.
Kini, dia akan bertanding di peringkat akhir bagi merebut mahkota Miss England pada Oktober ini.
“Ia amat bermakna bagi saya kerana saya merasakan ramai gadis dari pelbagai peringkat umur memakai alat solek kerana mereka berasa tertekan untuk berbuat demikian,” katanya kepada Independent UK.
“Jika seseorang itu gembira dengan kulit mereka sendiri, kita tidak seharusnya dipaksa untuk menutup muka kita dengan solekan. Kelemahan kita menjadikan kita siapa diri kita dan itulah yang menjadikan setiap individu unik,” tambahnya.
Kata Raouf, walaupun dia mula memakai alat solek pada usia muda, dia bagaimanapun memutuskan untuk tidak berbuat demikian dalam pertandingan itu.
“Saya tidak pernah merasakan saya memenuhi piawaian kecantikan. Saya baru-baru ini menerima bahawa saya cantik pada kulit saya sendiri dan itulah sebabnya saya memutuskan untuk bersaing tanpa mekap,” katanya.
Memetik laporan CNN, pihak penganjur mengatakan Raouf merancang untuk tidak mengenakan sebarang solekan sekali lagi pada perlawanan akhir kebangsaan Oktober ini.
“Kami mendoakan semoga berjaya di Miss England, ia adalah satu perkara yang sangat berani untuk dilakukan apabila semua orang memakai solekan tetapi dia menghantar mesej penting kepada wanita muda,” kata Angie Beasley selaku pengarah Miss England.
Sumber: CNN