Miley Cyrus Ajak Orang Ramai Ambil Vaksin Melalui Muzik Video Terbarunya

Ketika ini, seluruh dunia sedang menantikan vaksin COVID-19, meskipun masih ada segelintir yang tidak bersetuju untuk mengambilnya.

miley cyrus ajak orang ramai ambil vaksin melalui muzik video terbarunya
 
Justeru, pelbagai agensi termasuk selebriti dan orang kenamaan kini turut bersama-sama berkempen dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.
 

Antara selebriti yang bersama berkempen untuk program vaksinasi ini adalah Miley Cyrus, bintang pop dan juga selebriti antarabangsa yang telah melancarkan muzik video rasmi untuk lagunya berjudul ‘Angels Like You’.

miley cyrus ajak orang ramai ambil vaksin melalui muzik video terbarunya
 
Apa yang menarik tentang muzik videonya kali ini adalah ia antara usaha beliau menarik minat orang ramai untuk turut bersama-sama mengambil suntikan vaksin.
 
Dalam muzik videonya itu menunjukkan rakaman pada Super Bowl Sunday pada Februari lalu, dihadapan 7,500 penonton yang sudah di vaksin.

miley cyrus ajak orang ramai ambil vaksin melalui muzik video terbarunya
 
Di akhir video itu, penyanyi tersebut turut menyampaikan mesej menyeru penonton untuk sama-sama mencegah penyebaran virus.
 
“Hampir setahun setelah dunia lumpuh akibat COVID-19, video ini dirakam pada konsert pertama sejak pandemik itu mengubah hidup kita. Para penonton di sini adalah pekerja kesihatan yang telah berjuang tanpa mengenal erti takut dan lelah melawan COVID-19.

“Diharap kita semua dapat bersama lagi. Setiap daripada kita dapat membantu menghentikan pandemik dengan divaksin. Bersama-sama kita jadikan pengalaman muzik secara langsung menjadi kenyataan,” kata Miley Cyrus.

miley cyrus ajak orang ramai ambil vaksin melalui muzik video terbarunya


 
Sumber: Youtube
 
 

ARTIKEL BERKAITAN