Mijoo Lovelyz Kongsi Sebab Selalu Kena 'Reject'

Baru-baru ini, salah seorang daripada anggota kumpulan gadis K-Pop popular, Mijoo Lovelyz muncul sebagai DJ Khas dalam rancangan radio tempatan.

mijoo lovelyz kongsi sebab selalu kena 'reject'

Ketika ia berlangsung, DJ Kim Tae Gyun yang turut menghoskan rancangan tersebut membaca cerita yang dihantar oleh seorang pendengar yang pernah di’reject’ setelah mengakui perasaannya kepada gadis yang diminatinya.

DJ Kim kemudiannya bertanya kepada Mijoo, “Adakah anda pernah ditolak atau menolak seseorang?” yang mana Mijoo kemudiannya menjawab, “Saya pernah melakukan kedua-duanya. Saya sering ditolak.”

Pengakuan tersebut membuatkan DJ Kim bertanya kepadanya lagi, “Ketika anda menyukai seorang lelaki, adakah anda merupakan seseorang yang berani menyatakan perasaan anda?”

“Saya jenis yang sangat berterus-terang dan berani mengenai perasaan saya,” akui Mijoo sambil tertawa.

Lanjutnya lagi, “Saya juga merupakan sejenis manusia yang sering ditolak kerana lelaki tersebut berasa terharu (overwhelmed) dengan perhatian saya.”

 

Sumber: [1]