Penyanyi Korea popular, IU, berkongsi mengenai perasaannya apabila memasuki usia 30-an.
Menerusi temubual bersama Marie Claire Korea, kata IU, “Saya sedang menonton rancangan anugerah akhir tahun di rumah pada Malam Tahun Baru. Saya tidak memikirkan apa-apa secara khusus, tetapi apabila mereka memulakan kiraan detik, saya tiba-tiba merasakan keseronokan mekar di dada saya. Pada separuh kedua 20-an saya, saya berasa sedikit lesu dan letih, jadi ini adalah kali pertama saya berasa teruja.
“Saya berasa sangat baik sehingga tiba-tiba ia memberi saya keyakinan bahawa saya boleh melakukan apa-apa sahaja. Mungkin kerana ia masih awal tahun ini, tetapi saya masih mempunyai perasaan itu,” tambahnya.
Bercerita mengenai harapan dan impiannya untuk 10 tahun akan datang, jelas IU, “Melalui pengaruh ibu saya, saya bekerja keras untuk menderma untuk pelbagai tujuan. Saya kerap berfikir sejak kebelakangan ini bahawa meskipun penting untuk menyokong kanak-kanak dan orang yang lebih tua, namun titik buta kebajikan adalah cenderung kepada remaja. Saya telah bercakap dengan ibu saya tentang cara membantu orang dalam peringkat kehidupan tersebut dengan cara yang lebih konkrit.
“Sebagai seorang pelakon, saya mahu menjadi pelakon yang mana anda sanggup meluangkan masa untuk menonton tidak kira apa jua projek yang sedang dikerjakan mereka. Pada masa sama, saya mahu menjadi seorang pemuzik yang terus membuatkan orang ramai ingin tahu,” katanya.
Sumber: [1]