Catat Malaysia Book Of Record, Bilangan Ceramah Moral Terbanyak Yang Disampaikan Oleh Seorang Individu

catat malaysia book of record, bilangan ceramah moral terbanyak yang disampaikan oleh seorang individu

Macam-macam rekod ada kan? Yang terbaru, seorang penjawat awam yang bekerja sebagau Pegawai Tadbir Diplomatik di Pejabat Setiausaha kerajaan negeri Pulai Pinang telah mencatat rekod buku Malaysia.

 

Affendi Rajini Kanth, 44 merupakan anak Perlis telah membuat rekod Bilangan Ceramah Moral Terbanyak Yang Disampaikan Oleh Seorang Individu. Beliau telah memberi ceramah selama 12 hari di 37 buah sekolah selama 37 jam.

 

Sepanjang misinya, beliau telah menunggang motosikal jenis BMW RT1200 dari 18 hingga 30 April yang lalu. 

 

Sebenarnya, bukanlah pemecah rekod ini saja-saja je buat rekod. Dalam masa yang sama, beliau melihat sesuatu permasalahan di sepanjang ceramah yang diadakannya.

 

"Berdasarkan kajian rambang yang saya lakukan, kasih sayang, nilai murni dan nilai peradaban semakin kurang dalam kalangan mereka (Gen-Y) dan ada yang mengaku bersalam dengan ibu bapa pada hari raya sahaja.

 

"Mereka juga lebih mempercayai rakan berbanding ibu bapa sendiri selain suka membuat keputusan sendiri dan saya mengambil langkah ini untuk memberi perkongsian ceramah berkaitan nilai moral," katanya ketika ditemui Bernama selepas Majlis Penganugerahan Malaysia Book Of Records di sini, hari ini.

 

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah berkenan untuk merasmikan majlis tersebut dan menyampaikan plak penghargaan kepada Affendi.  Turut sama, Raja Puan Muda Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Sumber: Astro Awani

ARTIKEL BERKAITAN