Hadiah Birthday Yusry Ke-48, Lisa Selamat Lahirkan Baby Boy

Sambutan hari lahir Datuk Yusry Abdul Halim yang ke-48 pasti cukup bermakna kerana isterinya, Datin Lisa Surihani selamat melahirkan anak ketiga mreka.

hadiah birthday yusry ke-48, lisa selamat lahirkan baby boy

Menerusi perkongsian Yusry di Instagram, beliau memaklumkan bahawa isteri tersayang selamat melahirkan anak lelaki pada jam 2.30 pagi tadi.

 

Beliau juga memberitahu Lisa serta bayi mereka berada dalam keadaan sihat dan meluahkan rasa syukur yang tidak berbelah bagi keatas kurniaan yang Maha Esa.

 

 

Bayi ketiga pasangan ini juga berkongsi tarikh lahir sama dengan Yusry iaitu pada 15 Jun 2021

 

Tahniah kami ucapkan kepada Yusry dan Lisa!

 

Sumber: Instagram @yusryabdulhalim