Kebanyakan masa, internet boleh membuatkan kita tersenyum mendengar atau membaca cerita-cerita harian orang ramai walaupun daripada mereka yang tidak dikenali secara peribadi.
Tidak terkecuali, kisah seorang penjual ais krim bernama Andrew Hillary yang bertemu dengan seorang kanak-kanak yang ingin membeli ais krim daripadanya tetapi dengan menggunakan batu mainan.
Menerusi perkongsiannya di Twitter, tulis Andrew, “Seorang gadis kecil datang ke trak ais krim dan bertanya apakah dia boleh membeli ais krim dengan batu biru yang dia dapati. Sekarang saya menjadi satu batu biru lebih kaya.”
Dalam bebenang tweet yang sama itu, Andrew turut menyertakan gambarnya memegang batu mainan itu dengan kapsyen yang berbunyi, ‘kewangan saya’.
Dia juga sempat menambah, “Oh ya, tolong jangan ada yang menunjukkan tweet ini kepada bos saya.”
Tweet tersebut tidak mengambil masa yang lama untuk tular kerana ia kemudian mengumpulkan lebih daripada 730k tanda suka serta ribuan komen yang tersentuh dan memuji kelakuan baiknya itu.
Sumber: [1]