Lelaki Ini Lah Yang Telah Menyelamatkan Dunia Dengan Mask N95 Ciptaannya

lelaki ini lah yang telah menyelamatkan dunia dengan mask n95 ciptaannya

Semenjak berlakunya pandemik COVID-19 ni ramai orang yang dah sedar akan kepentingan menjaga kesihatan dengan memakai mask. Tak kurang juga yang dah tahu membezakan antara jenis-jenis mask seperti medical mask dan N95.

Penutup hidung dan mulut jenis N95 adalah yang paling terbaik. Sebab mask ini dapat menghalang sekecil-kecil partikel seperti virus. Kerana itu lah kita semua dinasihatkan untuk memakai mask jenis ini.

Penutup hidung dan mulut ni sebenarnya hasil ciptaan seorang saintis Taiwan-Amerika yang bernama Peter Tsai. Beliau dan pasukannya telah menghasil dan menginovasikan penutup hidung dan mulut N95 pada 3 dekad yang lalu.

Tsai dilahirkan di Taiwan dan kemudian beliau berpindah ke Kansas, US pada tahun 1970an untuk menyambung pelajaran. Beliau menghabiskan lebih 3 dekad untuk mengkaji bahan jenis fibre. Pada tahun 1995, beliau telah mencipta penapis partikel yang sangat efisen dan membolehkan penghasilan N95.

Sepatutnya Tsai dah bersara semenjak tahun lepas. Namun, selepas COVID-19 menyerang dunia beliau memilih untuk membantu pengeluar mask untuk menambahbaik pengeluarannya.

Sesungguhnya, dunia terhutang budi kepada lelaki ini. Kerana ciptaannya lah ramai yang terselamat daripada jangkitan kuman.

Sumber: South China Morning Post