Lelaki Ini Guna Wang Simpanan Perkahwinan Untuk Bantu Orang Susah

lelaki ini guna wang simpanan perkahwinan untuk bantu orang susah

Seorang pemandu rickshaw di India telah bercadang untuk berkahwin. Jadi, dia mula membuat simpanan dan kini sudah pun mempunyai Rs200,000 (lebih kurang RM11,000). Bagaimanapun, majlis perkahwinannya terpaksa ditangguhkan akibat penularan COVID-19.

Lelaki yang dikenali sebagai Akshay Kothawale itu telah mengambil keputusan untuk menggunakan wang tersebut bagi membantu golongan pekerja buruh migran dengan cara memberi makan.

Bukan itu sahaja, beliau juga telah menawarkan perkhidmatan kenderaannya secara percuma kepada warga emas dan perempuan mengandung untuk pergi ke klinik.

lelaki ini guna wang simpanan perkahwinan untuk bantu orang susah

Dengan bantuan rakannya, lelaki yang berusia 30 tahun itu telah memberi makanan kepada hampur 400 orang setiap hari. Mereka akan berjalan sekitar lorong-lorong dan mengedarkan makanan kepada pekerja buruh dan juga orang yang tidak berkemampuan.

Wow, mulianya hati lelaki ni. Tak semua orang mampu buat kebaikan sedemikian. Semoga ganjaran yang lebih besar akan menanti beliau dan juga rakan-rakannya.

Sumber: gulfnews

 

 

ARTIKEL BERKAITAN