Jika dahulu, kita sering mendengar yang lelaki suka dengan wanita berambut panjang, namun kini nampaknya ia sudah berbeza dimana lelaki dikatakan lebih tertarik kepada wanita dengan potongan rambut pendek.
Menurut
kajian, ada beberapa sebab lelaki lebih tertarik kepada wanita dengan potongan rambut pendek.
1. Lebih mendapat perhatian
Potongan rambut pendek dikatakan membuatkan wanita itu lebih menonjol berbanding wanita dengan rambut panjang, menyebabkan lelaki cenderung untuk melihatnya.
2. Lebih mudah nampak muka wanita itu
Menurut kajian berkenaan, rambut yang panjang menyebabkan sebahagian daripada muka wanita itu terhalang. Maka, dengan rambut yang pendek, lelaki dapat melihat ciri-ciri unik dan istimewa pada wajah wanita berkenaan. Katanya, potongan rambut pendek membuatkan penampilan dan kecantikan wanita itu lebih memancar?
3. Keyakinan
Tidak ramai wanita yang berani untuk bereksperimen dengan potongan rambut pendek. Jadi, mereka yang tampil dengan imej rambut pendek menunjukkan wanita itu berani dan yakin dengan dirinya sendiri.
4. Senang dijaga dan cepat bersiap
Katanya, lelaki lebih suka wanita dengan rambut pendek kerana mereka beranggapan dengan rambut pendek ini, wanita tidak perlu masa lama untuk bersiap.
Ye ke?
Sejauh mana kebenaran fakta-fakta diatas, ia bergantung juga kepada pilihan dan citarasa individu itu sendiri.
Sumber:
Review of psychology /
Wanista