Lee Sung Kyung Dah Temui Pengganti Nam Joo Hyuk?

Kerana memuat naik foto yang lebih kurang serupa, aktres popular Lee Sung Kyung dan penyanyi rap LOCO disangkakan bercinta.

lee sung kyung dah temui pengganti nam joo hyuk?

Semuanya bermula pada 23 Jun lalu apabila bekas kekasih aktor Nam Joo Hyuk ‘kantoi’ memuat naik foto dengan latar yang serupa dengan LOCO di media sosial.

Bagaimanapun, dakwaan kedua-dua menjalinkan hubungan segera disangkal menerusi satu kenyataan yang mendedahkan bahawa pelakon drama Weightlifting Fairy Kim Bok Joo itu sebenarnya akan berkolaborasi bersama LOCO menerusi satu single yang dihasilkan untuk projek Duet Mate.

Lebih menarik, lagu itu ditulis dan digubah oleh duo muzikal bernama Rocoberry yang terkenal dengan lagu-lagu ‘soundtrack’ yang dihasilkan untuk drama popular seperti Hotel Del Luna, Descendants of the Sun dan Goblin.

Duet Mate merupakan sebuah projek tiga episod yang menggabungkan pasangan pelakon dan penyanyi rap untuk menyanyikan bersama lagu yang diciptakan khusus untuk mereka.

Single kolaborasi antara aktres jelita dan bintang rap itu akan dilancarkan secara digital bermula 4 Julai 2021 jam 6 petang KST.

 

Sumber: [1]