Lee Seung Gi Terima Anugerah Pembayar Cukai Teladan

Pelakon Korea, Lee Seung Gi menerima pengiktirafan atas sumbangannya kepada masyarakat.

lee seung gi terima anugerah pembayar cukai teladan

Sebagai sebahagian daripada Hari Pembayar Cukai setiap tahun, Perkhidmatan Cukai Negara Korea menjalankan tradisi tahunan iaitu dengan menganugerahkan pembayar cukai yang boleh dicontohi.

Tahun ini, Lee Seung Gi menerima pujian presiden dan juga dilantik sebagai duta kehormat untuk Perkhidmatan Cukai Negara pada 2022.

Menurut pengumuman yang dibuat oleh Perkhidmatan Cukai Negara, Lee Seung Gi dipilih kerana sumbangan beliau kepada pembangunan budaya dan seni Korea selain gelombang Hallyu, di samping pembayaran cukai ikhlas beliau yang menyumbang kepada pembangunan negara.

Hasil daripada bergelar duta kehormat, beliau akan menjalankan pelbagai aktiviti promosi sepanjang tahun bagi menyebarkan budaya pembayaran cukai.

Majlis pelantikan itu dijadualkan akan berlangsung pada penghujung April.

Terdahulu, pelakon Lee Seo Jin dan Park Min Young masing-masing pernah dilantik pada 2020 dan 2021.

Agensi Lee Seung Gi, Hook Entertainment berkata, “Kami gembira kerana Lee Seung Gi menerima pengiktirafan atas pengaruh teladan dan sifat baik yang ditunjukkannya. 

“Kami amat berbangga terutamanya kerana walaupun jadualnya padat, Lee Seung Gi, yang berusaha untuk penampilan dan pembangunan yang lebih baik, telah dipilih sebagai ‘pembayar cukai teladan menerusi petikan  presiden’.

“Kami akan terus menyokong Lee Seung Gi sepenuhnya agar dia boleh menyebarkan pengaruhnya yang baik, dan kami memohon kasih sayang dan perhatian anda terhadap Lee Seung Gi, yang melakukan yang terbaik demi menunjukkan teladan,” tambah mereka.


Sumber: [1]