Kwang Soo Kongsi Kim Jong Kook Susah Nak Buka Hati Dengan Perempuan

Baru-baru ini, bekas bintang Running Man, iaitu Lee Kwang Soo muncul dalam program televisyen My Old Little Boy yang mana dia sempat berbicara mengenai sahabat baiknya, Kim Jong Kook.

kwang soo kongsi kim jong kook susah nak buka hati dengan perempuan

Kwang Soo, sambil diperhatikan ibu Kim Jong Kook yang turut berada di situ, dengan penuh berhati-hatinya berkata, “Secara peribadinya saya rasa adalah kerana keperibadiannya. Kecuali dia benar-benar yakin dengan seseorang itu, dia tidak akan membuka hatinya dengan mudah.

“Dahulu, dia tidak begitu memikirkan tentang perkahwinan, tapi sekarang saya rasa dia benar-benar ingin berkahwin berbanding dulu,” ujarnya.

Tambahnya Kwang Soo lagi, “Dia ialah seorang yang sangat baik, tetapi dia sangat berpegang teguh terhadap pendiriannya mengenai sesuatu perkara yang dianggap betul dan salah.

“Sekiranya sesuatu perkara yang tidak betul menurutnya berlaku, maka dia akan menyeretnya sampai ke sudah.”

 

Sumber: [1]