Muat Naik Video Menari Bersama, Peminat K-Pop Teruja Lihat Keserasian Ten NCT & Lisa BLACKPINK

Penyanyi K-Pop, Ten NCT mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat apabila dia memuat naik video menari bersama anggota BLACKPINK, iaitu Lisa, di Instagram miliknya.

kongsi video menari bersama, peminat k-pop teruja lihat keserasian ten nct & lisa blackpinkkongsi video menari bersama, peminat k-pop teruja lihat keserasian ten nct & lisa blackpink

Menerusi entri video yang dimuat naik pada 1 Mei lalu itu, Ten dilihat menari bersama Lisa dengan lagu latar belakang yang dinyanyikan kumpulannya, WayV, iaitu “Kick Back”.

Tidak ketinggalan, Lisa yang kini aktif sebagai mentor untuk rancangan realiti survival China, Youth with You, turut mempersembahkan tarian lagu tersebut dalam episod terbaru rancangan terbabit sebagai sebahagian daripada kolaborasi khas bersama beberapa pelatih dalam rancangan itu.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by TEN_+•10 (@tenlee_1001)

Oleh kerana itu, untuk memastikan agar dia dapat mengajar kumpulan pelatih tersebut dengan lancar, Lisa akui bahawa dia telah meminta pertolongan daripada rakan artisnya, iaitu Ten, untuk mengajarnya secara peribadi.

Sejak dimuat naik, video tersebut telah ditonton lebih dari 5 juta kali dengan rata-rata warga pengikut K-Pop di internet memuji keserasian antara kedua-dua bintang K-Pop yang berasal dari Thailand itu apabila mereka menari bersama!

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN