Bintang drama Descendants of the Sun dan Encounter, Song Hye Kyo sekali lagi membuktikan hubungan persahabatannya yang kuat bersama pelakon Yoo Ah In.
Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram Story pada 1 Mei lalu, Hye Kyo dilihat berkongsi foto yang berupa sebuah trak kopi sambil menulis, “Ha... Terima kasih. Tuan Hong Sik.”
Difahamkan trak kopi itu dihantar ke set penggambaran drama lakonan terbaru Hye Kyo yang berjudul “Now, We’re Breaking Up” yang dibintanginya bersama barisan pelakon lain yang terdiri daripada Jang Ki Yong, Choi Hee Seo, Kim Joo Heon, Sehun EXO dan Yura Girl’s Day.
Dalam satu lagi foto yang berupa cawan kopi dari trak tersebut, tertulis di situ, “Sayang pada Cik Song Hye Kyo. Semoga panjang hayat.”
Mesej tersebut dihantar oleh Uhm Hong Sik, yang merupakan nama sebenar pelakon Yoo Ah In.
Kedua-dua pelakon tersebut telah berkawan rapat selama bertahun lamanya dan sering memberi sokongan antara satu sama lain di set penggambaran masing-masing biarpun mereka masih belum pernah bekerjasama dalam satu drama.
Buat mereka yang tidak tahu, pelakon yang popular menerusi drama Fashion King itu juga bersahabat baik dengan bekas suami Hye Kyo, iaitu Song Joong Ki.
Sumber: [1]