Sering kali kita terdengar mengenai kisah persahabatan antara haiwan yang ada kalanya, membuatkan kita berasa hendak mengalirkan air mata.
Turut tidak terkecuali, kisah benar mengenai persahabatan antara seekor itik dan monyet kecil yang menghabiskan dari awal hingga akhir kehidupan mereka bersama-sama.
Difahamkan bahawa kedua-dua haiwan ini sudah pun rapat dan tidak dapat dipisahkan sejak mereka bertemu, mereka gemar menghabiskan sepanjang hari dengan melakukan pelbagai perkara bersama.
Bagaimanapun, pengakhiran mereka amat menyayat hati sehingga membuatkan pemilik mereka meraung kesedihan.
Semuanya bermula apabila suatu hari, monyet kecil itu bermain dengan kabel elektrik yang jatuh ke tanah akibat kecuaian manusia.
Sayangnya, ia tidak mengetahui mengetahui bahaya besar yang akan menimpanya sekira bermain dengan kabel tersebut.
Sebaik sahaja ia mengambil kabel tersebut dengan menggunakan tangannya, kabel itu mula melepaskan kejutan elektrik, menyebabkan monyet kecil itu menjerit kesakitan dan memegang kabel itu tanpa mengetahui cara untuk melepaskan diri darinya.
Sahabat itiknya itu kebetulan terlihat kejadian tersebut, menyebabkannya bergegas ke arah monyet kecil itu untuk menyelamatkannya.
Namun sedihnya, ia turut sama menerima kejutan daripada kabel elektrik itu.
Pengakhirannya, kedua-dua haiwan yang memiliki persahabatan sejati ini mati bersama akibat terkena renjatan elektrik.
Yang pasti, pemilik mereka berasa sangat hancur sehingga dia dapat dilihat meraung di hadapan kedua-dua bangkai mereka menerusi satu foto yang tular di media sosial.
Diceritakan bahawa kedua-dua itik dan monyet itu berkongsi pemilik yang sama, yang mana mereka telah berkawan baik sejak lahir lagi dan sering berada berdekatan sesama sendiri.
Sedih sekali mengenangkan bahawa kisah ini tidak mempunyai pengakhiran yang bahagia.
Tetapi yang pasti, ia mengajar kita erti persahabatan sejati dan keberanian dalam menyelamatkan mereka yang tersayang.
Sumber: [1]