Kisah Mengenai Atuk Berusia 93 Tahun Yang Berjaya Pulih COVID-19

Seorang lelaki berusia 93 tahun di Indonesia berjaya pulih daripada COVID-19 dan ia mengagumkan orang ramai kerana semangat hidupnya yang tinggi biarpun di usia tuanya.

kisah mengenai atuk berusia 93 tahun yang berjaya pulih covid-19

Datuk yang dikenali sebagai Syarief Hidayat ini merupakan salah seorang pesakit COVID-19 yang pada awalnya dihantar ke hospital untuk menjalani rawatan.

Bagaimanapun, dia kemudian meminta untuk pulang ke rumah kerana berasa lebih selesa.

Ketika berada di rumah, ternyata Syarief benar-benar berusaha keras untuk pulih.

Pelbagai usaha yang dilakukannya yang mana antaranya termasuklah dengan menjalani fisioterapi dan melakukan senaman setiap pagi sehingga dia benar-benar pulih.

Menerusi satu video berkenaan Syarief dimuat naik di akaun Instagram @/adit_yara, coret cucunya itu, “Hanya memerlukan 4 minggu untuk datuk sihat semula dan mengikuti banyak fisioterapi. Ayuh teman-teman yang lagi kena. Ini contoh nyata manusia kuat yang motivasi hidupnya terlalu kuat.”

Apa-apa pun, semoga datuk ini semakin pulih sepenuhnya dan diberikan kesejahteraan serta kesihatan yang sihat sentiasa!

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN