Kisah Gadis Remaja Indonesia Yang Dibuli Kerana Tanda Lahir Pada Separuh Wajahnya, Tekad Tak Mahu Buang

Seorang gadis remaja berusia 18 tahun dari Indonesia menjadi tular di media sosial selepas memuat naik video di TikTok yang memperlihatkan wajah uniknya kerana tanda lahir.

kisah gadis remaja indonesia yang dibuli kerana tanda lahir pada separuh wajahnya, tekad tak mahu buang

Gadis itu dikenal pasti sebagai Ika Masriana dan telah aktif membuat kandungan di TikTok sejak 2018.

Dia mengaku bahawa sering berasa kurang yakin akibat dibuli rakan-rakannya yang kerapa mengejek penampilan wajahnya yang mempunyai keunikan tersendiri.

“Tanda lahir ini sudah ada sejak saya dilahirkan. Ia tidak berubah. Pada masa itu, ketika saya berusia lima tahun, saya baru dapat tahu mengenainya,” kata Ika ketika ditemu ramah media tempatan.

Luah Ika lagi, dia mengatakan yang dia sudah terbiasa dan menerima keadaan wajah seadaanya.

Dia bahkan tidak berasa sedih, malahan tampil lebih yakin dengan membuat video cover di TikTok dan mengambil foto OOTD di akaun media sosialnya.

kisah gadis remaja indonesia yang dibuli kerana tanda lahir pada separuh wajahnya, tekad tak mahu buang

“Sudah biasa macam tu. Saya suka bermain TikTok. Saya telah berdamai dengan diri sendiri,” jelasnya.

Ika yang kini mempunyai lebih 12 ribu pengikut di Instagram mendedahkan yang dia juga pernah melalui pengalaman menjadi mangsa buli.

Terdapat segelintir pembuli yang pernah memanggilnya dengan gelaran binatang.

“Ya, saya diganggu, rakan sekelas saya pernah mengatakan saya kelihatan seperti monyet, orang utan,” katanya.

“Saya pernah bertanya kepada ibu bapa saya. Mereka jawab syukur sahaja,” lanjutnya lagi.

Biarpun begitu, Ika dengan lembutnya bertegas bahawa dia tidak membuang tanda lahir pada wajahnya itu dan mempunyai alasan yang tersendiri berbuat keputusan sedemikian.

“Saya tidak mahu membuangnya. Kerana saya bersyukur dengan apa yang diberikan tuhan. Pada masa lalu, ayah pernah terfikir untuk membuangnya. Tetapi pada akhirnya datuk saya menghentikan keputusan tersebut kerana ada baiknya bersyukur,” jelasnya.

Memiliki tanda lahir yang besar pada wajahnya, Ika mengakui bahawa dia tidak merasakan apa-apa dan berasa seperti kulit wajahnya biasa sahaja.

“Ya, saya gembira kerana dapat memberi inspirasi kepada orang ramai. Ramai warganet mengucapkan terima kasih,” kongsinya.

“Saya dulu merasa rendah, lalu seseorang pernah meyakinkan saya bahawa kita semua adalah manusia yang sama,” simpul Ika.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN