Kerap Post Gambar Selfie Boleh Jadi Tanda Orang Itu Kesunyian

Sosial media merupakan platform untuk seseorang itu meluahkan apa jua perasaannya. Antara yang sering dilakukan masyarakat kini adalah selfie.

 

Budaya selfie merujuk kepada aktiviti seseorang itu mengambil gambarnya sendiri kemudian dikongsikan dengan orang lain menerusi sosial media.

kerap post gambar selfie boleh jadi tanda orang itu kesunyian

Selfie bertujuan untuk berkongsi rasa, perasaan, dan juga pandangan individu kepada orang lain. Malah menurut kajian, aktiviti selfie boleh dikaitkan dengan simptom penyakit mental.

 

Individu yang obses dengan selfie juga dikatakan berada dalam tahap kesunyian dan kesepian. Ia berlaku kerana tahap keyakinan diri individu itu sangat rendah. Misalnya, mereka akan memerhatikan jumlah like pada foto selfie yang dimuatnaik di sosial media masing-masing.

kerap post gambar selfie boleh jadi tanda orang itu kesunyian

Masalah mula timbul apabila pengguna mula menjadi tidak rasional dan sentiasa gelisah dengan foto selfie yang dikongsikan kepada umum. Kesannya bukan sahaja boleh menyebabkan masalah kepada individu terbabit, malah kepada masyarakat.

 

Menurut Penganalisis jenayah Encik Kamal Affendi Hashim, foto selfie yang dimuatnaik boleh menarik perhatian penjenayah yang sentiasa mencari peluang dan ruang untuk melakukan jenayah seperti penculikan, rompakan, rogol dan lain-lain. Penjenayah itu mungkin salah seorang rakan dalam kenalan di laman sosial, tanpa kita sedar.

kerap post gambar selfie boleh jadi tanda orang itu kesunyian

Tapis segala butiran seperti foto, video dan apa jua dokumen ke laman sosial untuk mengelakkan daripada masalah ini terjadi. Dapatkan nasihat daripada pakar sekiranya anda mengalami masalah yang memerlukan bantuan psikososial.

kerap post gambar selfie boleh jadi tanda orang itu kesunyian

Sumber: My Health Gov

ARTIKEL BERKAITAN