Kerana Kejujuran, Dari Seorang Gelandangan Kini Memiliki Rumah Dan Kereta Sendiri

kerana kejujuran, dari seorang gelandangan kini memiliki rumah dan kereta sendiri

Cerita ini mungkin sudah lama berlaku- tahun 2013 sebetulnya, tapi kami merasakan kisah ni sangat memberi inspirasi.

Alkisahnya bermuka apabila seorang wanita memberi wang kepada seorang gelandangan di tepi jalan. Tanpa disedari, cincin pertunangannya turut terjatuh sewaktu memberi duit tersebut.

Gelandangan yang dikenali sebagai Billy Ray Harris awalnya berniat untuk menjual cincin tersebut. Namun, dia membatalkan niat itu dan memulangkan kembali barang perhiasan kepada wanita terbabit beberapa hari kemudian.

Sebagai tanda terima kasih wanita yang dikenali sebagai Darling dan suaminya, Bill Krejci telah melancarkan kutipan dana bagi membantu Harris. Tanpa mereka jangka, dana pada awalnya menyasarkan hanya beberapa ribu telah berjaya mengutip lebih $190,000.

Dengan duit tu, Harris telah membeli keretanya sendiri. Malah, dia juga telah menggunakan duit tersebut untuk membayar rumahnya.

Bukan tu je, Harris juga dijemput untuk muncul dalam beberapa rancangan televisyen. Hasilnya, dia dapat bertemu semula dengan ahli keluarganya yang telah terpisah selama 16 tahun.

Haaa nampak tak hikmah apabila kita berlaku jujur. Percayalah, kejujuran ini akan dibalas dengan kebaikan. Jadi, berlaku lah jujur walau dalam apa jua keadaan sekali pun.

Sumber: TODAY