Kenali Lelaki Terkaya Di Asia

Mungkin kita semua tahu mengenai Elon Musk, pengasas Tesla dan Space X yang baru-baru ini diangkat sebagai manusia terkaya di dunia.

kenali lelaki terkaya di asia

Namun, tahukah anda siapa gerangan di sebalik nama yang dinobatkan sebagai yang terkaya di Asia?

Ha! Jawapannya ialah Mukesh Ambani, seorang billionaire dari India dan juga Pengerusi Reliance Industries Ltd (RIL) yang mempunyai kepentingan dalam bidang petrokimia, minyak dan gas, telekomunikasi dan runcit.

Februari lalu, beliau dinobatkan sebagai orang terkaya di Asia mengatasi Zhong Shanshan dari China yang sebelum itu mengambil alih kedudukan tersebut daripada Jack Ma yang popular sebagai pengasas bersama Alibaba Group pada September 2020.

Menurut Forbes, nilai bersih Ambani dilaporkan berjumlah $84.3 billion.

Sekadar perkongsian, Reliance Industries Ltd (RIL) yang dipengerusikan oleh Ambani mula didirikan oleh almarhum ayahnya, Dhirubhai Ambani, seorang peniaga benang pada 1966.

Di awal pengoperasiannya, ia menjalankan perniagaan sebagai pengilang tekstil kecil.

Namun, setelah kematian ayahnya pada 2002, Ambani dan adiknya, Anil membahagikan empayar keluarga tersebut.

Pada 2016, Reliance mencetuskan perang harga dalam pasaran telekomunikasi India yang kompetitif menerusi perkhidmatan telefon 4G Jio.

Sepanjang tempoh pandemik Covid-19 pula, Ambani sempat mengumpulkan lebih daripada $20 billion dengan menjual satu pertiga daripada Jio kepada sejumlah pelabur yang berpengaruh dari serata dunia, seperti Facebook dan Google.

 

Sumber: Forbes