Kembara Sang Ayah Menaiki Motor Cari Anak Yang Diculik Selama 24 Tahun Berhasil, Pertemuan Penuh Air Mata

Bagaikan dalam filem, selama lebih dari dua dekad, pasangan di China ini yang bernama Guo Gangtang dan Zhang Wenge, tanpa lelah mencari anak mereka yang diculik ketika ia masih lagi bayi, berhampiran rumah mereka, pada 24 tahun lalu.

kembara sang ayah menaiki motor cari anak yang diculik selama 24 tahun berhasil, pertemuan penuh air mata

Setelah 24 tahun penungguan berserta usaha tanpa hati, mereka akhirnya berjaya bertemu kembali bersama cahaya mata lelaki mereka itu yang kini berusia 26 tahun.

Menurut laporan CNN, keluarga terbabit mengatakan bahawa mereka tidak pernah berhenti mencari anak mereka, walaupun terpaksa bergolok-gadai hampir kesemua yang dimilik mereka.

Selama bertahun-tahun, ayahnya itu bersilih ganti 10 motosikal selain terpaksa bertanggung hutang demi menjelajahi hampir seluruh pelosok China untuk mencari anaknya itu.

“Saya fikir mungkin ada sinar harapan untuk menemukan anak saya jika saya keluar mencarinya. Penculik tidak akan pernah menghantar anak saya kembali. Sekiranya saya tinggal di rumah, manakan ada peluang. Oleh itu, sejak akhir 1997, saya memulakan pencarian anak saya,” kata Guo Gangtang.

Turut mengagumkan, sepanjang tempoh Guo masih lagi berada dalam pencarian menemukan kembali anaknya itu, dia juga berjaya membantu puluhan kanak-kanak lain yang diculik, yang mana mereka kemudian dihantar pulang pada pangkuan keluarga masing-masing.

Tambah CNN lagi, lelaki tersebut berjaya membantu menyatukan sekitar 100 kanak-kanak lain yang diculik dengan keluarga mereka.

Kisahnya itu kemudian mengilhami filem “Lost and Love”, yang dikeluarkan pada 2015 dan dibintangi pelakon hebat Andy Lau.

Hasil usahanya bersama pihak polis, Guo dan isterinya akhirnya berjaya menemukan anak mereka yang hilang selama 24 tahun.

Pertemuan mereka untuk pertama kalinya setelah 24 tahun, ternyata menjatuhkan air mata buat sesiapa sahaja yang menyaksikannya.

Menurut pihak polis di China, mereka telah menangkap dua penjenayah yang mengaku memperdagangkan anak mereka ketika ia masih kanak-kanak.

Lapor The Associated Press, anak Guo dan Zhang itu dirampas oleh seorang wanita dan teman lelakinya yang mana mereka kemudian membawa ia ke wilayah Hebei di Beijing sebelum dijual kepada pasangan di China Tengah.

Dalam pencarian tersebut, pihak polis dilaporkan mengguna analisis DNA bar dan perbandingan ciri wajah bagi mengesahkan bahawa mereka telah menemui anak lelaki yang telah lama hilang itu.

“Walaupun penampilan mangsa culik saat ini sangat berbeza berbanding dengan waktu ia hilang ketika masih kanak-kanak, pasukan pakar mengambil langkah inovatif yang berani dan menembusi pelbagai cabaran dan halangan teknikal,” kata Tong Bishan yang merupakan Wakil Pengarah Biro Siasatan Jenayah China.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN