Kena Block Dengan Adik Dekat WhatsApp, Kakak Sanggup Tulis Surat Sepanjang 434 Meter!

Gara-gara disekat olehnya adiknya di WhatsApp kerana terlupa memberi ucapan sempena Hari Adik, seorang wanita di Kerala, India bertindak menulis sepucuk surat sepanjang 434 meter dengan berat 5 kilogram.

kena block dengan adik dekat whatsapp, kakak sanggup tulis surat sepanjang 434 meter!

Wanita yang dikenali sebagai Krishnapriya itu berkongsi yang dia memutuskan untuk menulis surat tersebut selepas menyedari adiknya ‘terasa’.

“Saya terlupa untuk mengucapkan Selamat Hari Adik pada dia. Menjelang petang, dia berhenti menerima panggilan saya dan juga menyekat saya di WhatsApp. Jadi, saya memutuskan untuk menulis surat kepadanya.

“Saya mula menulis pada helaian saiz A4, tetapi tidak lama kemudian menyedari bahawa ia tidak mencukupi kerana banyak perkara yang perlu saya sampaikan kepadanya. Jadi, saya memutuskan untuk membeli helaian yang lebih panjang. Tetapi, apabila saya pergi ke pasar, mereka berkata mereka hanya mempunyai gulungan bil yang lebih panjang. Jadi saya membeli 14 gulung,” katanya kepada media.

Menurut wanita itu, dia mengambil masa sekitar 12 jam untuk menyiapkan keseluruhan surat sepanjang 434 meter dan seberat 5 kilogram itu.

Tambahnya, dalam surat tersebut, dia menulis tentang kehidupan adiknya, Krishnaprasad, dari detik dia dilahirkan sehingga masuk belajar di universiti, serta bagaimana mereka menyayangi antara satu sama lain walaupun berkongsi jarak umur yang jauh.

“Kami mempunyai jarak umur tujuh tahun. Jadi dia menghormati saya dan takutkan saya sedikit seperti ibu atau guru,” katanya sambil tersenyum.

Hasil tulisan dari hati itu ternyata tidak sia-sia, kerana Krishnaprasad mengaku bahawa dia gembira menerima surat daripada kakaknya itu.

“Saya berasa sakit hati dan kecewa apabila dia tidak mengucapkan selamat menyambut Hari Adik tahun ini. Saya menelefonnya pada waktu petang, tetapi dia sibuk dengan kerja dan sebab itu, saya tidak bercakap panjang dan menamatkan panggilan. Selepas itu, saya menyekat dia di WhatsApp,” kata Krishnaprasad kepada media tempatan.

“Dia pasti berasa sedih dengan apa yang berlaku dan sebab itu dia menulis surat itu. Saya sangat gembira apabila menerimanya,” katanya lagi.

Lebih mengujakan, surat yang mendamaikan dua beradik itu, berkemungkinan bakal mendapat tempat dalam Rekod Dunia Guinness sebagai surat terpanjang yang pernah ditulis selepas Krishnapriya mengemukakan permohonan tersebut.


Sumber: [1]