Kakak J-Hope BTS ‘Join’ Cube Entertainment

Kakak kepada J-Hope BTS, Jung Ji Woo yang juga merupakan influencer gaya hidup terkenal dari Korea Selatan dilaporkan telah menandatangani kontrak eksklusif bersama agensi terkenal, Cube Entertainment.

kakak j-hope bts ‘join’ cube entertainment

Penyertaan tersebut sekali gus menjadikan Ji Woo kini serumah bersama barisan artis terkenal Cube Entertainment yang lain seperti (G)I‑DLE, BTOB, Apink, CLC dan ramai lagi.

Namun begitu, tiada sebarang pendedahan lanjut dibuat oleh agensi terbabit mengenai kontrak yang ditandatangani Ji Woo.

Susulan itu, sebaik sahaja berita tersebut tersebar, ramai ARMY menjadi tertanya-tanya mengapa wanita tersebut tidak menandatangani kontrak bersama Big Hit Entertainment sahaja memandangkan adik lelakinya yang merupakan anggota BTS berada dalam syarikat terbabit.

Apa-apa pun, perkara tersebut bakal menjadi lonjakan kerjaya yang besar buat wanita berusia 31 tahun itu memandangkan Ji Woo sendiri sudah bergelar usahawan terhadap tiga perniagaan berbeza, dan masing-masing dalam industri fesyen.

Sekadar perkongsian, Ji Woo merupakan pengasas pusat beli-belah dalam talian, dikenali sebagai Mejiwoo.

Selain itu, Ji Woo juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif untuk jenama fesyen AJ LOOK dan jenama kaca mata FUN THE MENTAL.

Bukan hanya sekadar seorang wanita yang terlibat dalam bidang perniagaan industri fesyen, beliau juga merupakan seorang influencer gaya hidup dan fesyen popular dengan jumlah pengikut di Instagram mencecah 7.5 juta orang.

 

Sumber: [1]