Justin Bieber Sah Berkolaborasi Dengan BTS!

Sekiranya tahun lepas kita dapat melihat kolaborasi hebat antara kumpulan gergasi K-Pop, BLACKPINK bersama dan penyanyi popular Amerika Syarikat, Selena Gomez, menerusi “Ice Cream”, nampaknya 2021 bakal diteruskan lagi bersama BTS dan Justin Bieber!

justin bieber sah berkolaborasi dengan bts!

Selama bertahun-tahun, Beliebers dan ARMY mengimpikan agar kolaborasi antara dua gergasi muzik itu terjadi dan akhirnya ia bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi!

Menurut laporan Page Six, Justin dan BTS disahkan akan berkolaborasi untuk lagu baru dan merancang untuk mengeluarkan lagu tersebut pada waktu yang tepat.

Tambah media itu lagi, lagu yang dirakamkan antara kedua-dua artis popular itu merupakan sebahagian daripada album terbaru Justin iaitu, Justice Deluxe Edition.

Biarpun ramai yang teruja dan ternanti-nanti dengan kolaborasi tersebut, namun ia tidaklah begitu mengejutkan memandangkan awal April lalu, label rakaman BTS, HYBE – yang dahulunya dikenali sebagai Big Hit Entertainment – telah membeli Ithaca Holdings milik Scooter Braun dengan harga USD$ 1 bilion (RM 4,095,500,000).

Ithaca merupakan rumah kepada selebriti global seperti Justin Bieber, Ariana Grande, Demi Lovato dan J. Balvin.

 

Sumber: [1]