Penyanyi popular dunia, Taylor Swift dikurniakan gelaran doktor selepas menerima ijazah kehormat kedoktoran seni halus dari Universiti New York pada Rabu lalu.
Swift yang berkecimpung dalam industri hiburan sebagai penyanyi dan penulis lagu, serta penerbit dan pengarah berkata bahawa dia memulakan kerjaya muziknya pada usia 15 tahun, melawat stesen radio yang berbeza di seluruh negara.
Dia kemudian terus menjual lebih dari 100 juta album dan memenangi Album Terbaik Anugerah Grammy pada 2021 menerusi ‘folklore’, menjadikannya wanita pertama yang pernah memenangi kategori tersebut sebanyak tiga kali selepas Fearless pada 2016 dan 1989 pada 2016.
Swift turut berkongsi nasihat dengan kelas 2022 dengan berkata, “Saya sama sekali tidak merasa layak untuk memberitahu anda apa yang perlu dilakukan. Anda telah bekerja dan berjuang serta berkorban dan belajar dan mengimpikan perjalanan anda ke sini hari ini. Saya tidak akan memberitahu apa yang perlu anda lakukan kerana tiada sesiapa yang menyukainya, tetapi saya bagaimanapun akan memberikan anda ‘life hacks’ semasa saya memulakan impian saya sebagai kerjaya.
“Jangan pernah malu untuk mencuba. Ketidakupayaan adalah mitos,” katanya.
Swift kemudian mengakhiri ucapannya dengan memberitahu para graduan bahawa kesilapan sememangnya tidak dapat dielakkan, namun apabila perkara sukar menimpa kehidupan, kita akan pulih dan belajar daripadanya.
“Saya harap anda tahu betapa bangganya saya untuk berkongsi hari ini dengan anda,” katanya.
“Kita melakukan ini bersama-sama jadi mari kita teruskan menari seperti kita kelas 22,” tambahnya sambil merujuk kepada salah satu lagu popularnya, “22”.
Sumber: [1]