Imbau Kenangan! Ini Dia Kuarters Tun M Ketika Mula-Mula Jadi Doktor Pada 1956

Di sebalik usianya yang kini menjengah 97 tahun, tersiratnya satu cerita yang pernah dilalui figura yang dikenali Tun Dr Mahathir ini ketika muda.

Salah satu tempat yang pernah menjadi tempat bermakna buatnya termasuk kuarters lamanya di Kuah, Langkawi yang pernah didiami beliau pada 1956.

imbau kenangan! ini dia kuarters tun m ketika mula-mula jadi doktor pada 1956

Satu ketika dulu, bekas Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh itu pernah berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor Setar, Jitra Langkawi dan Perlis sehingga 1957.

Kira-kira setahun sebelum itu, iaitu pada 5 Ogos 1956, beliau melangsungkan perkahwinan dengan pasangan tercinta, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Menerusi perkongsian beliau di Facebook yang disertakan fotonya ketika berada di kuarters berkenaan, coret Tun M, “Pada tahun 1956 saya ditugas sebagai Medical Officer, Langkawi. Ini kuarters yang saya tinggal selama enam bulan di Jalan Ayer Hangat, Kuah.

“Di seberang jalan terletak hospital lama. Rekabentuk rumah ini masih kekal. Di jendela yang sama saya lihat perubahan Langkawi.”

Pada Julai 1981, Tun Dr Mahathir pertama kali diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keempat.

Perkahwinan beliau bersama Tun Dr Siti Hasmah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Datin Paduka Marina, Mirzan Bin Mahathir, Tan Sri Mohzani dan Dato’ Seri Mukhriz.

 

Sumber: [1]