Ibu kepada pengarah popular, Syamsul Yusof, Datin Fatimah Ismail membuka cerita tentang anak dan menantunya yang kini dikatakan telah berbaik semula antara satu sama lain.
Menerusi temu bual dalam program terbitan televisyen tempatan, Datin Fatimah mengatakan Puteri Sarah tinggal bersamanya dan sering menerima kunjungan daripada Syamsul.
Katanya, “Saya nak nasihatkan orang yang tak ingin melihat Syamsul dan isteri serta keluarganya bahagia itu, bertaubatlah.
“Kenapa mesti nak lakukan sesuatu yang boleh meruntuhkan masjid? Itu dosa besar. Janganlah ada iri hati. Kasihanilah anak-anak mereka.”
Tambahnya lagi, dia juga meminta agar mereka yang mendoakan kebahagiaan Syamsul dan Sarah, untuk terus mendoakan mereka manakala mereka yang mempunyai niat tidak baik terhadap keluarga anaknya itu pula, diharap akan menerima balasan yang setimpal.
Dalam pada itu, Sarah yang turut terlibat dalam temu bual tersebut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan hubungannya bersama suami, Syamsul.
Jelasnya, kedua-dua mereka kini masih berada dalam fasa berbaik seperti mana yang dapat dilihat menerusi paparan-paparan yang dikongsi mereka di Instagram.
Dia juga mengakui bahawa perpisahan sementara yang diambil olehnya dan suami itu memberi laluan kepada mereka untuk bermuhasabah diri dan adalah demi kebaikan anak-anak yang masih kecil.
Kongsinya lagi, Syamsul sering datang ke rumah untuk melihatnya dan anak-anak mereka.
Sumber: Harian Metro