Setiap ibu mesti akan berusaha untuk memastikan anak mereka makan makanan yang berkhasiat. Ye lah, ibu mana nak bagi makan makanan yang tak berkualiti kan?
Sebab itu lah seorang ibu yang bertugas sebagai jururawat, Sarah Balsdon sanggup membeli 2nd hand vending machine yang penuh dengan makanan tak berkhasiat dan letak di rumahnya.
Jadi, sekiranya anak-anaknya mahu menikmati jajan atau snack yang tidak berkhasiat, mereka perlu membayarnya sendiri.
Anak-anak pula akan diberikan wang sekiranya mereka melakukan kerja rumah atau menyiapkan kerja sekolah.
Jadi, dengan cara itu mereka akan belajar menghargai sesuatu benda. Tak ada lah mereka rasa mudah untuk dapat semua benda kan?
Bagaimanapun, ibu yang memiliki empat orang anak ini akan memberikan makanan yang berkhasiat secara percuma. Kiranya, kalau korang nak makan makanan ringan, berusahalah sendiri. Tapi, makanan berkhasiat biar ibu yang masak.
Wah, genius betul perempuan ni!
Sumber: Daily Star