Impian sepasang suami isteri yang mahukan keluarga besar kini tercapai apabila mereka sudah pun memiliki 20 orang bayi.
Kristina Ozturk, 23 dan suaminya Galip, 57, sanggup membelanjakan 138,000 Pound Sterling (RM805,980) untuk mendapatkan anak menerusi kaedah ibu tumpang.
Kristina sebelum ini mempunyai seorang anak kandung yang berusia 6 tahun, dan kini menambah bilangan anaknya bersama 21 zuriat tumpang bersama Galip.
Pasangan berkenaan juga terpaksa mengupah 16 pengasuh dengan membelanjakan hampir RM400 ribu setahun untuk mereka.
Kristina dan Galip turut berkongsi impian mahukan keluarga besar dengan menerima bayi angkat pertama mereka pada Mac tahun lalu.
"Kami mengeluarkan kos antara 3,500 Pound Sterling (RM20,442) ke 4,200 Pound Sterling (RM24,529.84) seminggu untuk keperluan semua anak-anak ini.
"Saya akui tidak cukup tidur kerana perlu bangun seawal 7 pagi untuk melakukan rutin sebagai ibu, namun itu bukan masalah kerana saya sudah buat keputusan mahukan keluarga besar.
"Memang saya ada perancangan untuk hamil secara semula jadi, namun buat masa ini saya perlu bina hubungan yang baik dengan semua bayi ini dulu," katanya.
Mereka turut menyediakan 20 beg lampin pakai buang dan 53 susu formula setiap minggu untuk kegunaan bayi mereka yang berusia empat hingga 14 bulan.
Sumber: Daily Star