Hampir 15 tahun Berkecimpung Dalam Industri Nyanyian, Taeyeon Kongsi Perasaan Digelar 'Role Model'

Penyanyi Korea terkemuka, Taeyeon berkongsi mengenai perasaannya apabila bergelar penyanyi senior yang kini menjadi rujukan kepada ramai penyanyi junior.

hampir 15 tahun berkecimpung dalam industri nyanyian, taeyeon kongsi perasaan digelar 'role model'

Taeyeon yang memulakan kariernya bersama Girls’ Generation pada 2007, sering dianggap sebagai salah seorang vokalis solo wanita terbaik di negaranya selain ‘model peranan’ oleh artis juniornya.

Namun, akuinya, dalam gelaran tersebut, hadirnya tekanan terhadap dirinya.

“Apabila saya mendengar diri saya dipanggil ‘model peranan’, saya gembira. Tetapi ia juga banyak tekanan. Saya suka jika anak-anak ini dapat menyatakan dengan baik masa depan yang mereka lukis dalam fikiran mereka.

“Saya rasa sangat penting hari ini untuk menyatakan dengan baik perkara yang anda fikirkan dan kejar. Memandangkan ia sangat kompetitif, saya harap mereka tidak akan terlalu terluka,” katanya yang baru sahaja muncul dengan album studio ketiga, INVU.

Taeyeon turut menambah bahawa tulang belakangnya adalah dirinya sendiri selain para peminat yang terus-menerus memberikan sokongan.

“Penggerak saya adalah diri saya dan peminat saya. Saya sentiasa merangsang diri saya.

“Memandangkan sisi yang berbeza daripada saya terus keluar, ia membuatkan saya bergerak ke hadapan. Saya adalah tenaga penggerak saya sendiri,” kongsinya.


Sumber: [1]