Sumbangan Doktor Kelahiran Pulau Pinang Diraikan Google

Jika anda melayari internet dan menggunakan enjin carian Google hari ini, pasti anda dapat melihat doodle seperti ini:

sumbangan doktor kelahiran pulau pinang diraikan google
 
Sebenarnya, doodle khas itu adalah ditujukan khas sempena ulangtahun kelahira Dr Wu Lein-teh, anak kelahiran Pulau Pinang, atas sumbangan beliau dalam bidang perbuatan.

sumbangan doktor kelahiran pulau pinang diraikan google
 
Dr Wu merupakan individu penting dalam peranannya melawan wabak ‘Manchuria’ yang bermula sejak 1910 ketika era pemerintahan Dinasti Qing.

 
Dilahirkan di Pulau Pinang pada 1879, Dr. Wu pernah bersekolah di Penang Free School sebelum mendapat biasiswa kerajaan British untuk melanjutkan pengajian di Universiti Cambridge pada 1896.

sumbangan doktor kelahiran pulau pinang diraikan google

Beliau berhijrah ke China pada 1908 dan pernah ditawarkan jawatan sebagai Timbalan Pengarah Imperial Army College di Tianjin.
 
Sumbangan beliau dalam bidang perubatan cukup besar seperti kejayaannya mengetahui punca wabak Bacillus Pestis atau lebih dikenali wabak bubonik, memulakan pemodenan terhadap sistem perubatan China dengan membuka North Manchurian Plague Prevention Service, sebelum mengasaskan National Medical Association pada tahun 1915.

sumbangan doktor kelahiran pulau pinang diraikan google
 
Beliau juga pernah dicalonkan untuk Anugerah Nobel pada tahun 1935 hingga mendapat gelaran 'Bapa Perubatan Moden' di China.
 
Dr Wu juga sempat pulang ke Ipoh, Perak pada tahun 1937, sebelum meninggal dunia pada 21 Jan 1960 akibat serangan angin ahmar.

sumbangan doktor kelahiran pulau pinang diraikan google
 
Sumber: Astro Awani