Ini Rupanya Fungsi Lubang Kecil Pada Kelopak Bawah Mata Kita

Mata merupakan organ yang telah terbentuk untuk mengesan cahaya. Mata yang paling ringkas hanya berfungsi mengesan sama ada keadaan sekeliling terang atau gelap.

ini rupanya fungsi lubang kecil pada kelopak bawah mata kita

Struktur mata secara amnya bergantung kepada kebolehannya untuk menumpukan cahaya kepada retina. Namun, terdapat satu bahagian pada mata yang kita sendiri tidak sedar akan kewujudannya, dikenali sebagai nasolacrimal canal.

ini rupanya fungsi lubang kecil pada kelopak bawah mata kita

Ramai yang beranggapan lubang kecil pada bawah mata ini adalah tempat dimana ia menghasilkan air mata, tetapi sebenarnya ia adalah saluran yang mengalirkan air dari mata terus kepada bahagian hidung.

Secara spesifiknya, nasolakrimal canal ini bertindak mengalirkan air mata dari permukaan mata terus ke kantung lakrimal dan akhirnya rongga hidung. Ia menjelaskan sebab kenapa kita akan mempunyai hingus apabila menangis.

ini rupanya fungsi lubang kecil pada kelopak bawah mata kita

Bagaimanapun, saluran yang tersumbat atau penuh boleh menyebabkan air mata mengalir di kelopak mata dan ke pipi.

Sebaliknya, air mata pula dihasilkan oleh kelenjar lakrimal yang terletak di atas mata kita. Lubang kecil pada bawah mata ini berfungsi sebagai saluran keluarnya sahaja.

ini rupanya fungsi lubang kecil pada kelopak bawah mata kita

Sumber: Healthline / Imaios