SYOK Inspirasi: Egy Azira Berkongsi Pengalamannya Melawan Kanser

syok inspirasi: egy azira berkongsi pengalamannya melawan kanser

 

Boleh Egy ceritakan, serba sedikit tentang Egy dan ceritakan serba sedikit mengenai kanser yang Egy hadapi?

Nama saya Egy Azira, 28 tahun dan berasal dari Negeri Sembilan. Saya penghidap kanser hodgkin lymphoma. Kanser limfoma adalah sejenis kanser kalenjar darah dan ianya adalah kanser yang selalu menyerang orang orang muda.

 

Apa perasaan Egy selepas mengetahui Egy menghidap kanser dan bagaimana Egy mengawal emosi?

Masa mula mula tahu saya sebenarnya sakit kanser, saya tidak terkejut. Ini kerana saya sudah sakit untuk satu tempoh masa yang sangat lama, iaitu tiga tahun. Banyak kali dibiopsi, lebih kurang 7/8 kali dalam tempoh tiga tahun tersebut tapi akhirnya pda 2018, masa doctor kata confirm benda ni kanser, saya terima dengan hati yang terbuka. Saya tanamkan dalam diri, nak sihat balik. Saya lupakan kecewa dan sedih sebab saya tahu tuhan uji kita ni bersebab.

Saya kawal emosi dengan banyakkan bersabar. Saya jarang merungut atau marah marah. Saya berlapang dada dan terima semuanya. Lapang dada biasanya akan permudahkan urusan kita satu persatu. Redha dan terus pandang ke depan. Sebab kalau saya ikutkan sedih dan stress, barangkali saya tidak akan menjalani rawatan dan masib meratap nasib. That wont make me healthy again and I dont want to be sick forever.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @egyazira on

 

Sebelum tahu Egy menghidap kanser, ada tak sebarang tanda-tanda yang dihadapi oleh Egy?

Banyak sangat tanda yang Egy dapat. Satu persatu muncul throughout that three years. Antaranya, Egy batuk berpanjangan. Batuk tu hampir tiga bulan dan Egy juga ada bengkak di sekitar leher dan dada. Bengkak tu tak sakit tapi dia bermula dengan sebesar guli sehinggalah sebesar bola sepak. Sangat besar tapi tidak sakit langsung. Cuma tidak selesa, lagi lagi bila nak solat. Egy juga turun berat badan mendadak sebanyak 10kg dalam masa sebulan. Tak ada selera makan dan juga sesak nafas yang sangat sangat teruk sampaikan tengah tidur pun Egy sesak dada sehingga terjaga.

 

Biarpun menghidap penyakit ini, Egy tetap kelihatan positif di media sosial. Boleh Egy ceritakan macam mana Egy melihat penyakit ini membuatkan Egy lebih kuat.

 

Egy sangat mengambil berat tentang penyakit ini dan Egy tahu by being sad tidak akan membantu Egy sama sekali. Egy juga sedar, bila sudah sakit macam ni, bermakna nyawa kita bila bila masa sahaja boleh diambil semula. Jadi, masa awal awal sakit. Egy tanam dalam diri nak bantu orang lain hapuskan stigma mengenai kemoterapi. Secara tidak lamgsung pemikiran untuk membantu orang ni buat Egy positif.

Egy faham dan sedar bagaimana rasanya tidak mendapat sokongan pihak tertentu dan kerana itulah Egy sering memberi knowdlege baru yang Egy tahu mengenai kanser pada orang lain. Egy juga berharap by sharing my journey dapat membuka mata orang lain bahawa yang kanser ini tidak bermakna hidup kita sudah habis hancur.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @egyazira on

 

Egy dan suami sama-sama menghidap kanser. Sebagai pasangan suami isteri, bagaimana kalian berdua berhadapan dengan situasi ini?

Sebenarnya semua perkara jadi lebih mudah. Suami Egy seorang yang sangat positif. Kalau orang tengok Egy kuat, they should see my husband. Dia punya kuat, kadang Egy sendiri tewas. Bila sudah berkahwin, dugaan yang kami dapat kami handle sama sama. Sebelum berkahwin masing masing tahu, yang kami masing masing sakit jadi lebih mudah bila kami berterus terang dan jujur dengan keadaan kesihatan masing masing. Selalu juga kami berfikir tentang kematian, tetapi bila kami selalu ingat tentang hal hal begini, ia makin merapatkan kami antara satu sama lain. Menjadikan kami lebih menghargai dan bersyukur.

 

Apa pandangan masyarakat terhadap kalian berdua?

Sejujurnya, Egy tak tahu apa orang pandang pada kami. Egy ambil positif side of every hustle. Egy anggap semua kritikan atau apa sahaja kata kata orang, sebagai panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Tapi Egy dan suami ambil yang baik baik sahaja mostly.

 

Jika diberikan peluang, apa yang Egy dan suami nak sampaikan kepada masyarakat dan  pesanan Egy kepada masyarakat akan kesedaran tentang kanser?

 

Egy dan suami ada satu hasrat, hasrat kami adalah untuk terus advocate tentang cancer dan caregiver. Tentang pentingnya kesihatan mental untuk pesakit cancer. Kami berharap sebarang stigma mengenai betapa teruknya kemoterapi dapat terhapus suatu hari nanti. Kami juga selalu berharap, semua orang terima setiap dugaan dengan hati yang terbuka. Anggaplah hidup kita ini sementara dan pinjaman. Semua tuhan punya. Termasuklah pasangan kita, termasuklah kesedihan kita.

Kalau satu hari nanti ditakdir tuhan kita atau orang terdekat didiagnosed cancer, Egy harap kita semua kuat. Menangis dan paniklah untuk satu hari tapi lagi 364 hari tu, berusaha dan lawanlah kesedihan tu sampai berjaya. Kalau tidak berjaya tak apa, paling tidak akhirnya nanti kita tahu kita tidak gagal sia sia, kita sudah berusaha. Tawakal dan sabar selalu. Allah tahu dan selalu tahu